Tender

KENYATAAN TAWARAN (BEKALAN)
NO TENDER:IPK/AMB/18/TENDER/1

1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang bekalan atau perkhidmatan dengan kod bidang 110106 yang masih sah dan berkuatkuasa bagi tender berikut:
MEMBEKALKAN DUA UNIT KENDERAAN JENIS VAN DAN PEMASANGAN PERALATAN AMBULANS BAGI PERKHIDMATAN AMBULANS, IBU PEJABAT KEBANGSAAN, PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

2. Dokumen Tender akan dijual mulai tarikh 5 FEBRUARI 2018 hingga tarikh 7 FEBRUARI 2018 pada waktu pejabat.

3. Penender yang ingin memasuki tawaran di atas adalah dikehendaki mengeluarkan wang pos/wang kiriman pos/bank deraf yang bernilai RM106.00 (termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan) yang dibuat di atas nama PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA sebagai bayaran dokumen tender.

4. Dokumen tender hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil kontraktor hendaklah mengemukakan SIJIL Akuan Pendaftaran Kontraktor dari Kementerian Kewangan yang ASAL (untuk pengesahan) bersama dengan SALINAN FOTOSTAT (tidak dikembalikan).

5. Dokumen tender yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri dan ditanda pada bahagian atas sampul surat itu dengan butir-butir berikut: TENDER BAGI: MEMBEKALKAN DUA UNIT KENDERAAN JENIS VAN DAN PEMASANGAN PERALATAN AMBULANS BAGI PERKHIDMATAN AMBULANS, IBU PEJABAT KEBANGSAAN, PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
a) NO TENDER:IPK/AMB/18/TENDER/1 dan dialamatkan kepada: SETIAUSAHA AGUNG PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA LOT PT54, LENGKOK BELFIELD OFF JALAN WISMA PUTRA 50460 KUALA LUMPUR

6. Dokumen tender hendaklah dihantar melalui pos atau dimasukkan ke dalam peti tawaran tender sebelum jam 12 tengahari pada 19 FEBRUARI 2018.

7. Dokumen tender yang lewat diterima pada waktu yang ditetapkan akan ditolak.

8. Persatuan tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran.