History MRC

The Malaysian Red Crescent (MRC) began in 1948 as a State of the British Red Cross Society in Sabah and Sarawak. Upon independence in 1957, MRC State branches in the Malayan Peninsula were organised as the Federation of Malaya Red Cross Society. This was later statutorily incorporated by the Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act, 1962

The MRC received offcial recognition as an independent National Society from the International Committee of the Red Cross (ICRC) on 4 July 1963. It was admitted as a member of the International League of Red Cross and Red Crescent Societies on 24 August 1963. 

With the Federation of Malaysia formation on 16 September 1963, an Act to incorporate the Federation of Malaya Red Cross Society and the British Red Cross Society State branches in Sabah and Sarawak under the name ‘Malaysian Red Cross Society’ was passed by Parliament via the Malaysian Red Cross Society (Incorporation) Act 1965. 

In 1975, the Malaysian Parliament passed the Malaysian Red Cross Society Act 1975, changing the organisation’s name to its current name, the Malaysian Red Crescent Society (MRCS). Both Acts were revised and updated in 1995 and are referred to as Act 540 today. 

Presently, MRC is one of 190 National Societies that are members of the International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies, which together with the International Committee of the Red Cross (ICRC) are components of the International Red Cross and Red Crescent Movement (Movement).

Sejarah Bulan Sabit Merah Malaysia

Bulan Sabit Merah Malaysia telah bermula pada tahun 1948 sebagai Persatuan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak. Setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, di Semenanjung Tanah Melayu telah diselaraskan sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu, yang kemudiannya telah diperbadankan mengikut perlembagaan sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (diperbadankan) Akta, 1962.

Bulan Sabit Merah Malaysia telah menerima pengiktirafan rasmi sebagai Persatuan Kebangsaan yang bebas daripada Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada 4hb Julai 1963, dan telah diterima sebagai Anggota Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) pada 24hb Ogos 1963.

Dengan tertubuhnya Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, Akta untuk memperbadankan Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu dan Persatuan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak di bawah nama “Persatuan Palang Merah Malaysia” yang telah diluluskan oleh Parlimen yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (diperbadankan) 1965.

Pada tahun 1975, Parlimen Malaysia telah meluluskan Akta Persatuan Palang Merah (Pertukaran Nama) 1975, menukar nama organisasi kepada nama sekarang, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Kedua-dua Akta Parlimen telah dikaji semula dan dikemaskini dan hari ini dirujuk sebagai Akta 540.

Bulan sabit Merah Malaysia kini merupakan salah satu daripada 190 Persatuan Kebangsaan di seluruh dunia yang menganggotai Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (Persekutuan Antarabangsa) yang mana bersama-sama dengan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) merupakan komponenkomponen Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa.

Malaysian Red Crescent© 2018