FORUM PEMBANGUNAN ORGANISASI KEBANGSAAN KE 6 ( OD FORUM )

Submitted by administrator on 14 July 2008 - 8:45am.
OD Forum.jpg

Forum Pembangunan Organisasi ke 6 telah diadakan pada 11 hingga 13 Julai 2008 di Hotel Seri  Malaysia, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur.

Seramai 52 orang perserta dari semua cawangan dan Ibu Pejabat Kebangsaan BSM telah turut menghadirinya termasuk Mej Jen Dato Hj Megat Mohd Yusof bin Dato Hj Megat Mahmud (B), Setiausaha Agung.  Forum ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Wan Azhar bin Hj Wan Mohd Ali, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Organisasi Kebangsaan. Sambutan yang diterima dari Cawangan amat menggalakkan.

Sepanjang OD Forum dijalankan semenjak tahun 2004, beberapa perubahan dalam pembangunan Cawangan telah dapat dilihat, saranan-saranan yang dikemukakan telah dapat membantu di dalam Pembangunan Cawangan.   

Beberapa resolusi yang telah dicapai di dalam OD Forum ini antaranya ialah:

  • Semua peserta OD Forum mohon hasrat mereka disampaikan dan mendapat perhatian dari Jawatankuasa Lembaga Eksekutf (NEB). Jawatankuasa yang berkenaan seperti Pengurusan Bencana, Latihan dan Kewangan turut serta dalam OD Forum yang akan datang.
  • Mohon mengadakan seorang Pegawai Pentadbir yang dibayar gaji oleh Ibu Pejabat Kebangsaan sendiri supaya pemantauan yang lebih berkesan dapat dijalankan.
  • Menyeragamkan pemakaian baju T untuk Sekolah Menengah dan Rendah seluruh negara.
  • Menambah bilangan Sukarelawan di peringkat Cawangan dan Cabang.
  • Penganugerahan Pingat kepada ahli-ahli BSMM di peringkat Cawangan dan Cabang.

Pada Majlis Penutup, Pengerusi Pembangunan Organisasi Kebangsaan, Tuan Hj Wan Azhar bin Hj Wan Ali telah menyampaikan Sijil Penghargaan kepada para peserta Forum manakala YBhg Mej Jen Dato Hj Megat Mohd Yusof bin Dato Hj Megat Mahmud (B), Setiausaha Agung telah sudi menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Urusetia Forum yang terdiri daripada setaf IPK dari Bahagian Pembangunan Organisasi  yang turut sama menjayakan OD Forum ke 6 ini.