KURSUS PERTOLONGAN CEMAS TAHAP SATU UNTUK JURULATIH JLKN

Submitted by administrator on 16 June 2008 - 4:39pm.
160608 - plkn.jpg

Kursus Pertolongan Cemas Tahap Satu untuk Jurulatih JLKN ( Jabatan Latihan Khidmat Negara ) telah berlangsung selama 3 hari dari 10hb Jun 2008 hingga 12hb Jun 2008 bertempat di Kem PLKN, Temasya Rimba Templer, Selangor Darul Ehsan.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah  JLKN, YBhg. Dato Abdul Hadi bin Awang Kechil. YBhg. Dato’ Setiausaha Agung BSMM, Mej. Jen. Dato Hj Megat Mohd Yusof bin Dato’ Hj Megat Mahmud (B), Pengarah Institut BSMM, Pn. Ainin Abd Manan dan lain-lain pegawai BSMM IPK turut hadir pada majlis tersebut.

Kursus telah dihadiri oleh 100 orang jurulatih JLKN dari seluruh Negara. Jurulatih BSMM yang terlibat pula terdiri daripada En. Mohd Azlan Muhamad sebagai Ketua Jurulatih, En. Kulwant Singh, En. Ravi Shanker, En. Syamsul Kamal bin Ibrahim dan En. Mad Subhi bin Ahmad. Untuk sessi praktikal, 2 orang jurulatih tambahan turut membantu iaitu Pn. Zainon bt Mahmud dan En. Mohd Aidil bin Mohd Ali.

Peserta telah didedahkan dengan ilmu pertolongan cemas sepertimana struktur tubuh badan, patah, luka, terbakar, CPR, mengangkat, renjatan dan praktikal balutan. Diakhir pembelajaran peserta telah didedahkan dengan latihan mobilisasi.

Majlis Penutupan secara ringkas telah dilaksanakan oleh Lt. Kol. Rosli Tahir, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan JLKN pada 12hb Jun 2008. Pengarah Institut BSMM, Pn. Ainin Abd Manan turut hadir pada majlis tersebut. Dalam ucapan penutupan beliau Kursus Pertolongan Cemas Tahap Satu untuk Jurulatih JLKN akan diadakan lagi sebanyak 2 siri lagi sebelum tamat tahun 2008. Di majlis tersebut, Pengarah Institut BSMM telah menyampaikan Sijil Penyertaan kepada Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan JLKN untuk diserahkan kepada peserta kursus.