PENGHANTARAN BANTUAN KEMANUSIAAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA KE MYANMAR

myanmar_jasni2.jpg

Bulan Sabit Merah Malaysia adalah menjalankan tugas-tugas dalam misi pergerakan antarabangsa.  Dalam melaksanakan misi-misi kemanusian dan juga satu organisasi yang besar di dunia dan mempunyai sukarelawan yang aktif dalam 185 buah negara.

Pada 12 Mei 2008, 2 wakil BSMM iaitu En Jasni Hashim dan En Abdul Kadir Khamis telah bersama-sama 16 orang lagi wakil kerajaan diketuai En Rakib daripada Kementerian Luar Negeri telah berlepas ke Yangoon, Myanmar dengan 2 x pesawat TUDM C130 untuk menghantar bantuan kemanusiaan berupa makanan, kain selimut serta keperluan asas yang bernilai RM 500,000.00.

YBhg Dato’ Mohd Hatta Setiausaha Majlis Keselamatan Negara telah mewakili Timbalan Perdana Menteri untuk menyampaikan amanat kepada semua di Pengkalan TUDM Subang dan satu simbolik penyerahan bantuan Kerajaan Malaysia kepada En Rakib sebagai wakil Kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada Kerajaan Myanmar.

Download Laporan Versi PDF