TAUFAN NARGIS - MISI KEMANUSIAAN KETIGA KE MYANMAR

_DSC7333A (Medium).jpg

Bulan Sabit Merah Malaysia dalam misi kemanusiaan yang ketiga bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menghantar pasukan bantuan ke Myanmar hari ini yang berlepas di Pengkalan Tentera Udara Subang pada jam 10.00 pagi, 12 Mei 2008. Misi pada kali ini diketuai oleh En. Rakib Ahmad dari Majlis Keselamatan Negara serta beberapa anggota lain. Majlis penyerahan barang-barang bantuan ini telah disampaikan oleh Dato’ Muhamaad Hatta Abd. Aziz, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara. Misi ini telah berlepas menggunakan pesawat penerbangan RMH 657. BSMM telah menghantar En Jasni Hashim, Pengarah Pembagunan & Perhubungan bersama En Kadir Khamis, Pegawai Pengurusan bencana.