TAUFAN NARGIS - BULAN SABIT MERAH MALAYSIA MENGHANTAR MISI KEMANUSIAAN KEDUA KE MYANMAR

Submitted by administrator on 10 May 2008 - 7:26pm.
mynmar_send.JPG

Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah menghantar misi bantuan kemanusiaan kedua ke Myanmar yang telah berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA ke Yangoon, Myanmar pada jam 10.05 pagi, 10 Mei 2008.   Misi tersebut terdiri daripada 3 orang anggota yang diketuai oleh En Mohd Fadhil Kamaruddin, Pengarah Operasi BSMM, En D. Sivalingam, Pengurus Logistik dan En Mohd Shahriman Md Radzi, Pegawai Perkhidmatan Ambulans. Mereka akan berada di sana selama 3 minggu. Turut dibawa bersama ialah kelengkapan yang terdiri daripada 2,000 helai selimut dan bantuan kewangan sebanyak USD 10 ribu  untuk di sampaikan kepada Myanmar Red Cross Society. Misi kemanusiaan yang ke 3 terdiri daripada 2 orang anggota dan akan berlepas pada 12 Mei 2008, manakala misi yang ke 4 dan seterusnya dalam keadaan bersiap sedia.

BSMM merayu kepada orang-ramai untuk menyalurkan bantuan kewangan bagi membantu misi kemanusiaan BSMM kepada mangsa-mangsa taufan Nargis di Myanmar. Bantuan kewangan bolehlah disalurkan seperti berikut:

Melalui Cek ditulis di atas nama:    

MRCS International Relief Fund

atau

dimasukkan ke Akaun Maybank:

5144 – 2210 - 2657