Vacancies

Tarikh Iklan : 28 April 2008

1. PEMBANTU PERUBATAN AMBULANS

Permohonan adalah dibuka kepada semua warganegara Malaysia (lelaki / perempuan) dengan kelayakan seperti berikut:

Umur              : 18 hingga 28 tahun

Kelulusan        : Lulus SPM / SPVM

Taraf Kesihatan : Sihat tubuh badan

Berat Badan     : Tidak melebihi 80 kg.

Tangga Gaji     : (NE1) RM960x60-1200/1320x70-1600/1750x80-2070 

Lain-lain Syarat Kelayakan:

1. Calon-calon hendaklah mempunyai kemahiran dalam bidang komputer.
2. Berperwatakan baik, sabar dan jujur.
3. Fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.
4. Keutamaan adalah Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia.

2. JURUTEKNIK PERUBATAN KECEMASAN

Permohonan adalah dibuka kepada semua warganegara Malaysia (lelaki / perempuan) dengan kelayakan seperti berikut:

Umur              : 18 hingga 28 tahun

Kelulusan        : a) Lulus SPM / SPVM dengan kredit dalam
                           matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa
                           Inggeris, Matematik dan Sains, atau 
                        b) Mempunyai pengalaman sebagai Pembantu
                            Perubatan Ambulans selama dua(2) tahun 

Taraf Kesihatan: Sihat tubuh badan

Berat Badan     : Tidak melebihi 80 kg.

Tangga Gaji     : (E4) RM1350x100-1750/2000x150-2600/2850x200-3650 

Lain-lain Syarat Kelayakan:

1. Calon-calon hendaklah mempunyai kemahiran dalam bidang komputer.
2. Berwatakan baik, sabar dan jujur.
3. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris, 
    berkebolehan dalam menyediakan laporan serta mengemukakan
    ide dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.
4. Bersedia untuk ditugaskan di luar negara bagi membantu semasa
    dalam keadaan kecemasan.  
5. Keutamaan adalah Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia. 

Untuk makluman, pelatih-pelatih akan dihantar berkursus di Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS). Kursus ini berkelulusan Diploma dan mengambil masa selama dua puluh empat (24) bulan.

Sesiapa yang berminat untuk meningkatkan taraf kerjaya dalam bidang perubatan kecemasan, sila dapatkan Borang Permohonan Jawatan atau email dengan menyatakan butir-butir peribadi (C.V.) di alamat seperti berikut:

Pengurus Pentadbiran dan Perjawatan
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)
Ibu Pejabat Kebangsaan
No.32, Jalan Nipah
Off Jalan Ampang
55000 KUALA LUMPUR.
No. Tel: (03) 42578122

email: hr@redcrescent.org.my