amb_shahrizat.JPG

Yang Berhormat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah menyempurnakan merasmikan lima (5) buah ambulans Bulan Sabit Merah Malaysia bertempat di perkarangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Ambulans-ambulans tersebut yang membawa kepada pengenalan imej baru Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia iaitu Bulan Sabit Merah Malaysia atau Malaysian Red Crescent adalah sumbangan KPWKM sendiri iaitu sebanyak dua (2) buah, Maybank satu (1) buah dan melalui sumbangan rakyat Malaysia sebanyak dua (2) buah.

Dengan pelancaran imej baru yang lebih menarik serta peralatan yang lebih moden Bulan Sabit Merah Malaysia mensasarkan organisasi ini akan menepati perkhidmatan kecemasan yang lebih efektif dan efisien kepada mereka yang memerlukan.  

Orang ramai dapat menggunakan perkhidmatan kecemasan Bulan Sabit Merah Malaysia secara percuma dengan menghubungi samada 999 atau 03-4257 8726.