21 Oktober 2017 – Samsung dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah menganjurkan program “LOVE CARE” bertempat di Kampung Orang Asli Ulu Tual , Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. Program tersebut telah sokong oleh  Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA), Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Malaysia Pahang. Program tersebut telah mendapat sambutan dari penduduk kampung tersebut, seramai 300 penduduk kampung telah menyertai ujian saringan kesihatan yang telah dijalankan oleh pasukan perubatan. Terima Kasih kepada semua yang terlibat.

 

Gambar oleh : Syarul (BSMM Hulu Langat)

 

Program “LOVE CARE” anjuran Samsung dengan kerjasama PBSMM