Ibu Pejabat Kebangsaan, 17 Oktober 2017 – Satu taklimat telah dijalankan oleh ICRC, Geneva berkaitan topik Orang Kurang Upaya (OKU) kepada Sukarelawan PBSMM. Ms. Mina Mojtahedi merupakan penceramah untuk topik tersebut berpengalaman didalam Pembangunan Kapasiti di Asia Tengah berkaitan wanita, kanak-kanak dan OKU. Beliau berkongsi tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka yang kurang upaya, pandangan negetif terhadap orang kurang upaya serta hak-hak OKU serta bagaimana mereka boleh berdikari. Taklimat tersebut bermula jam 2.30 petang dan tamat pada 5.00 petang hari tersebut. Seramai 30 orang sukarelawan serta staf PBSMM menyertai taklimat tersebut.

SUKARELAWAN PBSMM DIBERI TAKLIMAT BERKAITAN OKU OLEH ICRC, GENEVA