Latihan Pengendalian Bot Penyelamat BSMM telah diadakan di dua tempat iaitu di Tasik Kenyir untuk Penduduk Kg. Bukit Tadok dan di Sg. Setiu, bagi penduduk penduduk Kg. Padang, Ulu Setiu, Bandar Permaisuri, Terengganu pada 7 Oktober 2017. Latihan Pengendalian Bot Penyelamat BSMM sangat menggalakkan dimana di Kg. Padang penyertaan seramai 31 orang, manakala Kg. Bukit Tadok pula seramai 28 orang. Objektif latihan ini diadakan bagi memastikan setiap Kg. Angkat mempunyai Pasukan Siapsiaga Bencana Berteraskan masyarakat (SIBAT). Sebelum latihan bot diadakan beberapa latihan telah dijalankan seperti Pertolongan Cemas dan Masakan berkelompok (Mass Cooking). Seramai 6 Jurulatih Bot Menyelamat dari BSMM Ibu Pejabat Kebangsaan terlibat dalam Latihan tersebut.

 

LATIHAN PENGENDALIAN BOT KAMPUNG BUKIT TADOK DAN KAMPUNG PADANG, TERENGGANU