Kuala Lumpur, 9 September 2017 – Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) dengan kerjasama Persatuan Palang Merah China (Red Cross Society of China) disokong oleh Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) telah melancarkan Sukarelawan berbasikal (Volunteers on Wheels) bertujuan meningkatkan sukarelawan PBSMM mendidik masyarakat tentang kepentingan kesihatan, pengurangan risiko bencana dan keselamatan masyarakat. Selain itu, dapat juga mempromosikan gaya hidup yang sihat dan hijau kepada  masyarakat.

Dato’ Sayed A.Rahman Sayed Mohd, Setiausaha Agung berkata Program Sukarelawan Berbasikal akan meningkatkan masa tindak balas untuk PBSMM membantu dalam perkhidmatan Kemanusiaan, ini bersesuaian dengan peranan PBSMM sebagai badan sokongan kepada kerajaan pada masa bencana dimana kemahiran dan perkhidmatan berkualiti dapat diberikan.  Sukarelawan yang terlatih ini akan menjadi model peranan atau ikon kepada sukarelawan lain dimana pengambilan Sukarelawan Berbasikal (Volunteers on Wheels) akan ditingkatkan pada tahun-tahun mendatang.

Sumbangan 500 buah basikal beserta beg Pertolongan Cemas, Vest dan Topi Keselematan telah disumbangkan oleh Persatuan Palang Merah China (Red Cross Society of China) juga merupakan projek permulaan untuk Program VoW. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang terpilih diantara 5 negara yang akan dijalankan Program VoW tersebut.


Penyerahan Cenderamata oleh Tunku Tan Sri Shahriman bin Tungku Sulaiman kepada Dr. Chen Zhu, Presiden Palang Merah China.
dari kiri Dato’ Hj Mohammad Rafiai, Dato’ Sayed A.Rahman, Tunku Tan Sri Shahriman, Dr. Chen Zhu, Mr. Xavier
Tetamu yang hadir
Dato’ Hj Mohamad Rafiai memberi kata-kata aluan (bagi pihak Pengerusi Kebangsaan)
Ucapan dari Dr. Chen Zhu, Presiden Palang Merah China merangkap Timbalan Presiden IFRC
Ucapan dari Pierre Kremer bagi pihak Pengarah Regional IFRC AP Zone
VoW
taklimat dari Nor Nabila (IFRC) mengenai ‘mobilizing volunteers for safety and resilience’
Dato’ Sayed A.Rahman mengenai konsep Sukarelawan Berbasikal (VoW) dalam konteks PBSMM.
Tandatangan Memorandum persefahaman.
Penyerahan topi keselamatan kepada sukarelawan oleh Mr. Chen Zhu sebagai simbolik penyerahan program VoW
VoW
VoW
Simulasi Kecemasan VoW
Simulasi Kecemasan VoW
Simulasi Kecemasan VoW
VoW
VoW
VoW
VoW
PBSMM Lancar Sukarelawan Berbasikal (Volunteers on Wheels) VoW