Untuk Pertama kalinya BSMM Ibu Pejabat Kebangsaan dikunjungi oleh Presiden Palang Merah Itali. Sejarah terukir pada 23hb Ogos 2017 dimana Mr. Francesco Rocca Presiden Palang Merah Itali​ telah membuat kunjung hormat di Bulan Sabit Merah Malaysia.  Beliau juga adalah Naib Presiden IFRC. Kunjung hormat tersebut telah disambut oleh Dato’ Hj Mohamad Rafiai bin Hj Moktar, Naib Pengerusi Kebangsaan, Dato’ Sayed A.Rahman Sayed Mohd, Setiausaha Agung, Dato’ Raja Nazrin bin Raja Tan Sri Aznam, Ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Kunjung hormat ini adalah untuk meningkatkan tahap kerjasama antara kedua-dua Persatuan Kebangsaaan semasa bencana mahupun semasa aman.

           

LAWATAN DARI PRESIDEN PALANG MERAH ITALI