Bukit Kiara, 19hb Ogos 2017 – Persatuan Kuari Malaysia Cawangan Selangor / Kuala Lumpur telah mengadakan Golf Amal Tahunan dan Majlis Makan Malam 2017 bertempat di TPC Kuala Lumpur atau juga dikenali KLGCC, Bukit Kiara. Majlis dirasmikan oleh YBhg Dato’ Yap Soon Huat, Pengerusi Cawangan Persatuan Kuari Malaysia Cawangan Selangor / Kuala Lumpur. Pada Majlis Makan Malam tersebut, YBhg Dato’ Sri Toh Keng Tiong telah menyerahkan sebuah van kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM). Penyerahan tersebut telah diterima oleh YBhg Dato’ Sayed A.Rahman bin Sayed Mohd selaku Setiausaha Agung PBSMM. Pada majlis tersebut juga, selain daripada PBSMM beberapa organisasi amal yang terpilih telah mendapat sumbangan daripada Persatuan Kuari Malaysia Cawangan Selangor / Kuala Lumpur. PBSMM mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih tidak terhingga kepada Dato’ Sri Toh Keng Tiong dan Persatuan Kuari Malaysia Cawangan Selangor / Kuala Lumpur di atas sumbangan tersebut.

Penyerahan Mock Kunci oleh YBhg Dato Sri Toh Keng Tiong kepada YBhg Dato’ Sayed A.Rahman Sayed Mohd
Dato’ Sri Toh Keng Tiong dan Dato’ Sayed A.Rahman bergambar bersama kenderaan yang akan diserahkan kepada PBSMM
Dato’ Sri Toh Keng Tiong dan Dato’ Sayed A.Rahman serta Pegawai PBSMM bergambar bersama kenderaan yang akan diserahkan kepada PBSMM
DATO’ SRI TOH KENG TIONG SUMBANG VAN KEPADA PBSMM BAGI PERTINGKATKAN KELENGKAPAN LOGISTIK