Negeri Sembilan, 11 Ogos 2017 – PBSMM Ibu Pejabat Kebangsaan telah menganjurkan Kursus Ulangkaji Jurulatih Siri ke-3 pada 11hb hingga 13hb Ogos 2017. Kursus tersebut telah dijalankan di Ibu Pejabat Negeri PBSMM Negeri Sembilan. Penyertaan siri ke-3 ini telah disertai seramai 14 orang jurulatih dari negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan juga tuan rumah Negeri Sembilan. Ketua untuk tenaga pengajar Kursus ini telah dikendalikan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Latihan Kebangsaan iaitu YBhg Datuk Dr. Jagjit Singh dan dibantu oleh beberapa Jurulatih senior.

Kursus Ulangkaji Jurulatih Siri ke 3 tahun 2017