Kuala Lumpur, 11 Ogos 2017 – Ibu Pejabat Kebangsaan PBSMM pada hari ini telah menerima kunjungan dari Peserta Program Pertukaran Belia Antarabangsa dari Palang Merah Korea. Seramai 10 orang peserta dari Palang Merah Korea termasuk 1 orang guru pengiring dan 9 pelajar telah membuat lawatan tersebut. Lawatan dari Peserta Program Pertukaran Belia Antarabangsa tersebut telah disambut oleh Mr. James Kon, merupakan Ketua Belia PBSMM. Program Pertukaran Belia Antarabangsa berlangsung selama 6 hari bermula 6 Ogos sehingga 11 Ogos 2017 merupakan program tahunan PBSMM Negeri Selangor. Pada bulan Disember 2017 Peserta Program Pertukaran  Belia Antarabangsa dari PBSMM Negeri Selangor pula akan membuat lawatan di Korea.

RCY Korea kunjung Ibu Pejabat Kebangsaan PBSMM