Bukit Kayu Hitam, 10 Ogos 2017. Malaysia Thai Border Coordination Office (MTBCO) telah menjalankan satu latihan Mekanisme Bantuan Bencana Kedah – Songkhla bagi meningkatkan siap siaga bencana dan kerjasama kedua-dua Negara. Latihan ini telah disertai oleh agensi-agensi utama dan Badan bukan Kerajaan (NGO). PBSMM telah diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam latihan tersebut sebagai sokongan kepada Kementerian Kesihatan di dalam aspek perubatan serta sokongan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di dalam aspek sokongan psikososial. Seramai 30 orang sukarelawan PBSMM Negeri Kedah serta Kakitangan Ibu Pejabat Kebangsaan menyertai latihan tersebut. PBSMM telah dipecahkan kepada 3 pasukan iaitu Pasukan ‘Rapid Deployment Squad’ (RDS), Pasukan Sokongan Klinik Medan dan Pasukan Sokongan Psikososial. Terima Kasih dan tahniah diucapkan kepada semua kerana menjayakan latihan ini.

LATIHAN MEKANISME BANTUAN BENCANA KEDAH – SONGKHLA