Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd telah menyumbangkan tiga (3) buah ambulans sebagai inisiatif tanggungjawab social korporat (CSR) kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) untuk membantu BSMM  bagi menyediakan kemudahan rawatan perubatan yang lebih cekap terutama ketika kecemasan. Ambulan-ambulan baru ini yang dilengkapi dengan kelengkapan peralatan perubatan.

 

“Samsung berhasrat untuk membantu masyarakat dengan menyediakan kemudahan yang lebih baik terhadap masalah yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan serta perkhidmatan kepada masyarakat di sekeliling kita. Dengan sumbangan ambulan-ambulan ini kepada BSMM, kami berharap ia akan dapat memberi perubahan yang positif,” kata Dato ‘Roh Jae Yeol, Pengarah Hal Ehwal Korporat, Samsung Malaysia Electronics.  Penyerahan telah di sampaikan oleh  oleh Dato’ Roh Jae Yeol kepada YM Tunku Tan Sri Shahriman b Tunku Sulaiman, Pengerusi Kebangsaan BSMM sempena dengan Majlis Berbuka Puasa serta penyampaian sumbangan oleh BSMM kepada golongan yang memerlukan pada 16 Jun 2017 di Ibu Pejabat Kebangsaan BSMM.

 

Penyerahan Ambulans oleh Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd