Ramadan adalah bulan ibadah dan Bulan Amal untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Oleh itu, IPK Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah mengambil peluang ini untuk  menunaikan tangggugjawab bagi meringankan beban golongan yang memerlukan dengan mengadakan majlis berbuka puasa dan memberi sumbangan hadiah raya kepada golongan yang kurang mampu,  Syarikat KFC dan Pizza telah bermurah hati untuk menampung perbelanjaan majlis ini serta disokong penderma-penderma yang lain seperti Sukarelawan 4 X 4, Samsung Malaysia Electronics dan Chef On Wheel.  Majlis berbuka puasa dan Makan Malam telah di adakan pada 16 Jun 2017 dengan jemputan seramai  300 orang termasuk Ahli – Ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, penerima sumbangan, Wakil dari IFRC dan ICRC, kakitangan Ibu Pejabat Kebangsaan, wakil daripada beberapa Daerah dan sukarelawan BSMM. Penerima-penerima bantuan adalah:-

–  Ibu Tunggal

– Warga Emas

– Orang Kurang Upaya

– Anak-anak Yatim

– Golongan Asnaf

 

YM Tunku Tan Sri Shariman Bin Tunku Sulaiman, Pengerusi Kebangsaan telah menyumbangkan duit raya peribadinya kepada ibu-ibu tunggal yang disampaikan oleh YBhg Datuk Wira Dr. Hj Bahari Bin Datuk Abu Mansor, Timbalan Pengerusi Kebangsaan dan diikuti dengan Kit keluarga seperti beras, minuman kordial, biskuts, teh, gula, tepung dan lain-lain untuk semua penerima bantuan dan “goodie bags” untuk Anak-anak Yatim.  Sumbangan telah di sampaikan oleh Timbalan Pengerusi Kebangsaan YBhg Datuk Wira Dr Hj Bahari Bin Datuk Hj Abu Mansor dan YB Dato’ Mohd Rashidi bin Mohd Noor, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan.

Sejak dari 2016 dan 2017, sejumlah 35,000 orang telah menerima sumbangan daripada KFC dan Pizza di seluruh negeri melalui BSMM.

MAJLIS BERBUKA PUASA 1438H BULAN SABIT MERAH MALAYSIA