News Release

8 May 2017

 

2017 Young Humanitarian Writers Competition: Even Wars have Limits

 

The International Committee of the Red Cross (ICRC) and The National Press Club Malaysia (NPC), together with the Malaysian Red Crescent Society (MRCS), celebrate the World Red Cross and Red Crescent Day today by launching the 2017 Young Humanitarian Writers Competition.

 

This year’s theme is ‘Even Wars have Limits’. People aged between 16 and 30 are invited to join the competition and share their views about the chosen topic that hopes to highlight the dire humanitarian consequences in today’s world, largely due to the violation of international humanitarian law, its principles and rules, and the lack of respect for principled humanitarian action.

 

‘On this World Red Cross and Red Crescent Day as we celebrate humanity, we invite young people including journalists to write for humanity’, said NPC president Datuk Mokhtar Hussain. ‘Writing is one very effective way to mobilise attention publicly on pressing humanitarian issues’, he added.

 

Echoing the sentiment, Isabelle Barras, head of ICRC’s regional delegation in Kuala Lumpur, stressed the need to reaffirm the relevance of the rules protecting humanitarian workers and healthcare delivery in armed conflict. ‘Through this competition, we hope writers will join in our call for compliance with international humanitarian law and an end to attacks on civilians, including humanitarian and health workers’.

 

Dato Sayed A. Rahman Sayed Mohd, MRCS secretary-general, encouraged the youth to call for respect of humanitarian law and principles to protect lives and prevent human suffering. ‘We must not close our eyes to the immense humanitarian challenges we see in the world today’, he said.

 

World Red Cross and Red Crescent Day is celebrated on 8 May every year to commemorate the founder of the Red Cross and the recipient of the first Nobel Peace Prize, Henry Dunant, who was born on 8 May 1828.

 

This will be the third edition of the Young Humanitarian Writers Competition. The last day for entries is 31 October 2017. For more information about the competition, write to kualalumpur@icrc.org

 

Dowload :

Rules & Regulation

Entry Form & Article Template

Poster YHWC2017

 

For further information, please contact:

Chin Lili, ICRC, tel: 03 2084 1807, email: lchin@icrc.org

NPC, tel: 03 2694 0525, email: nationalpressclub@gmail.com

Nor Aziah Budin, MRCS, tel: 03 2143 8122, email: aziah@redcrescent.org.my

 

Siaran Akhbar

8 Mei 2017

 

Pertandingan Penulis Kemanusiaan Muda 2017: Perperangan juga ada hadnya

 

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dan Kelab Kebangsaan Akhbar Malaysia (NPC) dengan kerjasama Bulan Sabit Merah (BSM), bersama-sama melancarkan Pertandingan Penulis Kemanusiaan Muda tahun 2017 sempena menyambut Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia.

 

Tema untuk tahun ini ialah ‘Peperangan juga ada hadnya’. Ianya terbuka kepada mereka yang berumur antara 16 hingga 30 tahun, yang berminat untuk menyertainya dan berkongsi pandangan mengenai tajuk tersebut dengan harapan  untuk  menarik perhatian kepada keadaan kemanusiaan yang teruk di dunia hari ini, yang sebahagian besarnya disebabkan oleh pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa, prinsip dan peraturan-peraturannya, dan kurangnya hormat kepada tindakan kemanusiaan yang berprinsip.

 

‘Bagi menyambut prinsip-prinsip kemanusiaan sempena Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia, kami menjemput orang muda termasuk para wartawan untuk menulis demi kemanusiaan’, kata Presiden NPC, Datuk Mokhtar Hussain. “Menulis adalah satu cara yang sangat efektif untuk menarik perhatian umum di dalam isu krisis kemanusiaan’, tambah beliau.

 

Mengutarakan pandangan yang sama, Isabelle Barras, ketua delegasi serantau ICRC di Kuala Lumpur, menekankan relevannya undang-undang yang melindungi pekerja kemanusiaan dan  perkhidmatan perubatan di dalam konflik bersenjata. “Dengan menyertai pertandingan ini, kami berharap penulis akan menyertai seruan kami dalam menyuarakan pematuhan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan menamatkan serangan terhadap orang awam, termasuk pekerja kemanusiaan dan perubatan.

 

Setiausaha Agung BSM, Dato Sayed A. Rahman Sayed Mohd menggalakkan orang muda menyahut seruan untuk menghormati undang-undang kemanusiaan dan prinsip melindungi dan menghindarkan penderitaan manusia. ‘Kita tidak boleh menutup mata kepada cabaran kemanusiaan yang besar yang kita lihat di dunia hari ini’, gesa beliau.

 

Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia disambut pada 8 Mei tiap-tiap tahun sempena mengingati pengasas kepada Palang Merah dan penerima pertama Hadiah Nobel Keamanan, Henry Dunant, yang lahir pada 8 Mei 1828.

 

Ini adalah edisi ketiga Pertandingan Penulis Kemanusiaan Muda. Hari terakhir untuk penyertaan adalah 31 Oktober 2017. Untuk maklumat selanjutnya mengenai pertandingan tersebut, sila hantar emel ke kualalumpur@icrc.org

Muat Turun :

Kaedah & Peraturan

Borang Penyertaan & Article Template

Poster YHWC2017

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Chin Lili, ICRC, tel: 03 2084 1807 or emel: lchin@icrc.org

NPC, tel: 03 2694 0525, emel: nationalpressclub@gmail.com

Nor Aziah Budin, MRCS, tel: 03 2143 8122, emel: aziah@redcrescent.org.my

Young Humanitarian Writers Competition 2017