Mulai tahun 2017 pihak IPK akan mengendalikan 4 Kursus Ulangkaji Jurulatih di negeri-negeri yang dipilih oleh Jawatankuasa Latihan Kebangsaan BSMM, dimana kursus ini adalah percuma untuk Jurulatih-jurulatih BSMM yang ingin memperbaharui sijil kejurulatihan mereka. Tenaga pengajar untuk kursus ini akan dikendalikan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Latihan Kebangsaan sendiri iaitu YBhg Datuk Dr. Jagjit Singh.

Kursus pertama telah dijalankan pada 17 sehingga 19hb Mac 2017 di Ibu Pejabat Kebangsaan. Seramai 24 orang jurulatih telah menghadiri kursus ini.

Bagi siri kedua pula, Kursus Ulangkaji Jurulatih telah diadakan di Ibu Pejabat BSMM Negeri Pulau Pinang pada 19hb sehingga 21hb Mei 2017. Kursus ulangkaji kali ini telah disertai seramai 22 orang peserta dari negeri Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Tahniah kepada Jurulatih-jurulatih yang berjaya.

Kursus Ulangkaji Jurulatih (Training of Trainer) Tahun 2017