Pada 8 dan 9 April 2017, Ibu Pejabat Kebangsaan telah menjalankan Latihan Promosi Kebersihan kepada sukarelawan bagi Negeri Terengganu, Pahang dan Johor di Dewan Latihan, Ibu Pejabat Kebangsaan, Kuala Lumpur. Fasilitator dari Pasukan Air, Sanitasi dan Promosi Kebersihan (WASH) telah mengendalikan latihan tersebut ialah En Mohamad Keramot Ali (RDRT WASH / Bangladesh Red Crescent) dan En Mohd Ikhwan (NHQ). Seramai 25 Peserta telah menyertai latihan tersebut iaitu 7 peserta Negeri Terangganu, 7 Peserta Negeri Pahang dan 11 Peserta Negeri Johor. Sukarelawan tersebut akan menjalankan Promosi Kebersihan di Negeri masing-masing untuk Program Promosi Kebersihan untuk Mangsa Banjir pada 15 April, 22 April dan 29 April 2017 nanti.

 

Latihan Promosi Kebersihan (Hygiene Promotion) untuk Sukarelawan Negeri Terengganu, Pahang dan Johor.