KUALA LUMPUR – Kakitangan Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia, Nor Azura Binti Mat Affandi telah kembali ke rahmatullah pada 19 Februari 2017, jam 1145 pagi di kediamannya di PPR Jelatek, Dato Keramat.

Allahyarhamah meninggal dunia akibat komplikasi dalam otak kesan daripada penyakit darah tinggi. Menurut suami allahyarhamah, Nor Azura rebah pada petang Selasa di rumahnya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan ditempatkan di wad ICU bahagian Neuro. 

 

 

Jenazah Nor Azura telah dikebumikan di tanah perkuburan Dato Keramat diiringi ahli keluarga, sahabat dan kakitangan BSM untuk memberi penghormatan terakhir. Allahyarhamah meninggalkan dua orang anak yang kini dijaga oleh ibu bapa Nor Azura.

 

 

Semoga Allahyarhamah Nor Azura Binti Mat Affandi ditempatkan dikalangan roh orang-orang yang beriman dan mendapat keredhaan daripada Allah SWT.

Kakitangan Ibu Pejabat BSM Nor Azura Mat Affandi Meninggal Dunia (Al-Fatihah)