AMBULANS BSMM SIAP SIAGA UNTUK OP SELAMAT TAHUN BARU CINA 2017
 
 
KUALA LUMPUR – Ambulans BSMM akan bekerjasama dengan pihak polis dan pengurusan lebuhraya PLUS dalam menghadapi musim perayaan Tahun Baru Cina tahun 2017. Statistik kemalangan maut yang semakin membimbangkan dilihat sebagai satu perkara yang perlu ditangani segera. Aspek keselamatan di lebuhraya perlu dipertingkatkan dengan menggesa pengguna supaya memperlahankan kenderaan ketika waktu sesak.
 
 
 
Bulan Sabit Merah Malaysia telah menerima sekitar 4270 kes kecemasan kemalangan sepanjang tahun 2016 dan angka ini dijangka meningkat saban tahun. Pihak polis dan lebuhraya PLUS telah mewujudkan satu pasukan khas bagi memantau pengguna jalanraya yang masih berdegil dan melanggar peraturan jalanraya tanpa memikirkan pengguna yang lain.
 
Pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang terlibat dalam kemalangan kecil tanpa kecederaan antara Plaza Tol Sungai Besi di sini dan Plaza Tol Seremban, Negeri Sembilan tidak lagi perlu membuat laporan di balai polis mulai esok.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sebaliknya mereka boleh berbuat demikian dengan pegawai penyiasat polis yang ditempatkan di sepanjang lebuh raya antara kedua-dua plaza tol terbabit.
Menurutnya. projek perintis sempena Op Selamat 10 2017 itu bermula esok sehingga 5 Februa­ri ini dan sekiranya memberikan impak positif akan diperluaskan ke lokasi-lokasi lain secara berpe­ringkat-peringkat.
 
 
“Jika mereka terlibat dengan kemalangan (kecil), mangsa boleh terus membuat laporan kepada pegawai penyiasat di lokasi kejadian tanpa perlu ke balai polis berdekatan bagi mengelakkan kesesakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Op Selamat 10 2017 sempena Tahun Baharu Cina di Persada PLUS, Pe­taling Jaya, dekat sini hari ini.
 
Yang turut hadir Pengarah Urusan PLUS Berhad, Datuk Azman Ismail.
Mengulas lanjut, Khalid berkata, aspek penguatkuasaan akan terus diperhebatkan menerusi penu­buhan pasukan khas bagi memantau pesalah-pesalah trafik yang masih berdegil melanggar peraturan se­panjang Op Selamat kali ini.
 
Walau bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan lokasi pasukan berkenaan akan ditempatkan bagi memastikan orang ramai yang pulang ke kampung halaman masing-masing sempena musim perayaan ini sentiasa mematuhi undang-undang.
 
 
Dalam pada itu, beliau memberitahu, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya mencatatkan peningkatan sebanyak 7,152 mangsa pada tahun lalu berban­ding 6,076 yang direkodkan pada 2015.
Katanya, berdasarkan analisis, sebanyak 60 peratus jumlah kematian keseluruhan disumbangkan oleh penunggang motosikal. Sumber : Utusan
 
#MalaysianRedCrescent #bsmm #SiapSiaga #ambulans #kecemasan
OP SELAMAT TAHUN BARU CINA 2017 BULAN SABIT MERAH SIAP SIAGA