Dato’ Sri Toh Keng Tiong Pengarah Eksekutif Swee Quarry Sdn Bhd Malaysia menyerahkan¬†cek bernilai RM100,000 (sumbangan peribadi) kepada Setiausaha Agung BSMM, Dato’ Sayed A. Rahman bin Sayed Mohd

 

AMPANG, 16 Januari 2017 – Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) hari ini menerima sumbangan peribadi bernilai RM100,000 daripada Dato’ Sri Toh Keng Tiong, Pengarah Eksekutif Swee Quarry Sdn Bhd Malaysia. Cek tersebut diserahkan kepada Setiausaha Agung BSMM, Dato’ Sayed A. Rahman bin Sayed Mohd di Ukay Perdana hari ini.

Dato’ Sri Toh Keng Tiong berkata, “Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada inisisatif bagi mempertingkatkan keupayaan organisasi BSMM serta menambahbaik kelengkapan logistik”.

Dalam pertemuan itu, Dato Sayed A. Rahman berkongsi tentang perkembangan BSMM pada masa kini dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2016. Selain daripada itu, Dato’ Sri Toh Keng Tiong juga dimaklumkan tentang perancangan serta persediaan BSMM bagi tahun 2017.

Dalam perkembangan lain, BSMM Ibu pejabat telah menerima 2 buah pacuan empat roda (Toyota Hilux) dan sebuah kenderaan MPV Toyota Avanza bagi kegunaan BSMM cawangan Pahang dan Ibu Pejabat. Kesemua kenderaan tersebut adalah sumbangan daripada Shoken Fund dan rakyat Malaysia. 

#MalaysianRedCrescent #bsmm #siapsiaga

16 Januari 2017 – BSMM Terima Sumbangan Pertingkat Kelengkapan Logistik