dsc_2554

Misi kemanusiaan menghantar barangan bantuan kecemasan banjir oleh Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia kepada penduduk yang terjejas banjir di Kg. Tadok, Terengganu diteruskan walaupun banyak jalan-jalan utama telah ditutup.

Setiausaha Agung, Dato’ Sayed A. Rahman Sayed Mohd, bantuan ini amat perlu kepada penduduk yang terjejas akibat banjir kerana bekalan air bersih dan makanan adalah sukar untuk didapati ketika bencana terjadi. Oleh itu, bekalan dan bantuan akan terus dihantar untuk memastikan penduduk dapat meneruskan kehidupan seharian dengan bekalan yang mencukupi.

Jelasnya, bantuan awal telah disalurkan oleh BSMM cawangan-cawangan di Pantai Timur dengan kerjasama bersama Angkatan Pertahanan Awam dan Bomba.

dsc_2559

Dua buah pusat pemindahan yang baru di buka di Dewan Komuniti Bukit Petit dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Guntong membabitkan seramai 43 orang daripada 13 keluarga.

Sementara itu, portal info banjir etindakan.terengganu.gov.my melaporkan, seramai 13,645 orang daripada 4,076 keluarga ditempatkan di 150 pusat pemindahan di tujuh daerah di negeri ini.

Jumlah mangsa di daerah Besut terus mencatatkan peningkatan apabila seramai 5,330 orang daripada 1,454 keluarga ditempatkan di 58 pusat pemindahan berbanding 5,032 mangsa daripada 1,376 keluarga yang ditempatkan di 54 pusat pemindahan setakat jam 1 tengah hari tadi.

dsc_2564

Daerah Hulu Terengganu yang sebelum ini seramai 2,993 orang daripada 955 keluarga di 29 pusat pemindahan, meningkat kepada 4,056 orang daripada 1,353 keluarga di tempatkan di 31 pusat pemindahan petang ini. Jumlah mangsa di Kemaman turun kepada 790 orang daripada 209 keluarga di 15 pusat pemindahan manakala di Setiu seramai 2,850 orang daripada 897 keluarga ditempatkan di 30 pusat pemindahan. Jumlah mangsa banjir di Dungun dan Marang kekal masing-masing 259 orang daripada 67 keluarga di enam pusat pemindahan dan 30 mangsa daripada 10 keluarga di satu pusat pemindahan.

Banjir Pantai Timur – Misi BSMM Menghantar Bantuan Ke Kg Tadok, Terengganu