SONY DSC

KUALA LUMPUR, 21 Disember 2016 – Delegasi daripada Gangwondo Civil Service, Korea telah membuat lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Kebangsaan hari ini.

Delegasi tersebut diketuai oleh Choi Keum Joo selaku wakil daripada Korean Red Cross Society dan disertai oleh lima (5) yang lain.

Antara perkara utama yang dibincangkan adalah peranan utama Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dalam fungsi koordinasi pengurusan dan persediaan bencana serta kes-kes kecemasan. Selain itu, penerangan berkaitan perkembangan terkini berkaitan kerjasama BSMM dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga telah disampaikan oleh wakil daripada BSMM.

 

SONY DSC

Lawatan ini dijangka akan meningkatkan kesedaran di antara kedua-dua pertubuhan terutamanya dalam soal pengurusan dan mekanisma persediaan untuk menghadapi bencana dan kecemasan. NADMA dalam penstrukturan yang terkini telah melantik BSMM untuk berperanan sebagai koordinator dalam menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menghadapi bencana di dalam negara.

Menyentuh isu persediaan menghadapi bencana khususnya di Malaysia, BSMM menerangkan tentang fokus utama iaitu tindakan sebelum, semasa dan selepas bencana berlaku. Selain dari itu, BSMM juga menerangkan persiapan logistik, tenaga pakar, para sukarelawan dan kelengkapan yang dimiliki oleh BSMM.

 

SONY DSC

#MalaysianRedCrescent #bsmm #SiapSiaga

 

Ibu Pejabat BSMM Terima Kunjungan Dari Korea