SANDAKAN – BMM Cawangan Negeri Sabah telah mengadakan satu program perkhemahan belia yang melibatkan penyertaan seramai 248 orang. Penyertaan tersebut melibatkan pelbagai daerah di Sabah termasuk Sandakan, Penampang, Putatan, Tuaran, Beaufort, Kota Kinabalu dan UiTM Kota Kinabalu. Penglibatan juga terdiri daripada pelbagai agensi sokongan seperti Amateur Radio Society (SARS), Persekutuan Pengangkap Malaysia Cawangan Sabah, WWF Malaysia, Pusat Sains Negara dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC).

laporan-camping-belia-3

Program perkhemahan tersebut telah dirasmikan oleh Dato Hj Mohammad Rafiai Bin Hj Mokhtar bersama beberapa pegawai kanan BSMM yang lain. Perkhemahan tersebut telah diadakan di Scouts Nature Park, Sandakan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan disepanjang perkhemahan tersebut antaranya mendirikan khemah, pembangunan semangat berpasukan, kesedaran pemuliharaan haiwan dan alam hijau serta kemahiran hidup.

laporan-camping-belia-2

 

Perkhemahan Belia Kali Ke-3 BSMM Negeri Sabah 2016