SONY DSC

 

KUALA LUMPUR, 17 November 2016 – Ketidaktentuan dan kecelaruan persekitaran keselamatan global yang kompleks menuntut kepada keperluan Bulan Sabit Merah Malaysia untuk lebih bersedia dan kukuh berbanding sebelumnya.

        Five Power Defense Arrangement (FPDA) yang diwakili oleh lima (5) buah negara iaitu Malaysia, Singapura, United Kingdom, New Zealand dan Australia telah hadir di Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah bagi bertukar-tukar pandangan dan menjelaskan kedudukan BSMM dalam tindakan untuk Bantuan Kemanusiaan dan Bencana. Seramai 17 pegawai kanan tentera daripada 4 buah negara hadir dalam lawatan kerja tahunan FPDA itu.

SONY DSC

        FPDA pada awal 1971 berperanan untuk respon atas ancaman atau apa-apa bentuk serangan bersenjata ke atas negara Malaysia dan Singapura dengan bersama-sama bertemu dan memutuskan apakah langkah-langkah yang perlu diambil secara bersama atau berasingan berhubung dengan serangan atau ancaman tersebut. Perancangan pertahanan adalah berdasarkan melihat keperluan utama mekanisma pertahanan yang diperlukan oleh negara tersebut.

            Sehingga kini dengan menggunakan nama baharu iaitu Integrated Area Defence System (IADS), telah mempunya anggota daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan tentera dan koordinasi yang mantap daripada kekuatan tentera daripada lima negara.

SONY DSC

          Pertemuan antara BSMM dan IADS membincangkan peranan utama BSMM dalam mengkordinasi pergerakan dan agihan bantuan bencana bersama anggota-anggota tentera di kawasan bencana. IADS juga menerangkan bagaimana bantuan dan sokongan ketenteraan terutama daripada segi logistik boleh dikoordinasi bersama BSMM. Selain daripada itu aspek ketenteraan juga amat penting dalam memastikan keselamatan anggota BSMM yang menghantar bantuan ke tempat bencana dalam dan luar negara.

       Cabaran-cabaran serta isu yang dihadapi ketika mengagihkan dan memberi bantuan di kawasan bencana turut dikongsikan bersama delegasi IADS. BSMM menerangkan kelemahan kerjasama dan pengurusan kordinasi dengan agensi lain menyebabkan penyaluran bantuan tidak berlaku secara menyeluruh. Kekurangan kelengkapan dan peralatan juga menjadi faktor utama BSMM untuk menjalinkan kerjasama bersama anggota IADS yang memiliki lebih banyak aset yang boleh digunakan oleh BSMM.

 

 

SONY DSC

Aspek pendidikan juga menjadi topik utama dalam memperkenalkan peranan BSMM kepada agensi-agensi keselamatan, NGO-NGO dan seluruh masyarakat berkaitan dengan pengurusan bencana. Masyarakat perlu diberi pendedahan peranan utama BSMM ketika berlakunya konflik atau bencana dan bagaimana BSMM boleh membantu dalam usaha pemulihan. Pendidikan ini perlu berlaku diperingkat pelaksana iaitu anggota-anggota tentera yang akan terlibat secara terus, insitusi-insitusi kerajaan dan swasta, university dan peringkat sekolah. Fokus utama BSMM dalam usaha pemulihan untuk kawasan yang terjejas ialah tempat perlindungan, kesihatan, bekalan air bersih melalui (eWash – Emergency Water & Sanitation Hygiene Promotion) dan kebolehan keluarga dan mangsa untuk mencari sumber pendapatan.

 

SONY DSC

WAKIL TENTERA DARI LIMA NEGARA KE IBU PEJABAT BSMM KUALA LUMPUR