dsc_2243
Dr Khairizam menunjukkan prestasi semasa perkhidmatan hospital sehingga 2016 kepada Dato Sayed A. Rahman dan disaksikan oleh Dato Burnard

 

KLANG, 26 Okt 2016 – BSMM (Bulan Sabit Merah Malaysia) telah hadir dalam lawatan ke bahagian operasi pengurusan ambulan yang telah diatur oleh pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Lawatan tersebut dipimpin oleh Dr. Mohd Khairizam Bin Mohd Yusoff.

Wakil daripada BSMM, Dato’ Sayed A. Rahman dan wakil daripada St John Ambulance Dato’ Burnard Yeo Kim Thong telah menyertai lawatan tersebut. Lawatan ke bahagian ambulan itu adalah untuk memberi pendedahan bagaimana operasi ambulan hospital beroperasi sekirannya berlaku kes-kes kecemasan.

Mereka dibawa melawat ke bahagian kecemasan yang dibahagikan kepada tiga(3) kategori iaitu merah bagi kes kritikal, kuning untuk kes separa kritikal dan hijau bagi pesakit yang stabil.

Lawatan ke bahagian Medical Emergency Coordination Centre yang menempatkan unit respon untuk panggilan-panggilan kecemasan turut dibawa bagi melihat infrastruktur dan operasi pengendalian.

Pihak KKM (KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA), melihat BSMM dan St John Ambulance sebagai satu agensi yang memainkan peranan penting dalam memberi sokongan dalam perkhidmatan kecemasan khususnya yang melibatkan ambulan. KKM juga sentiasa menawarkan kerjasama bersama BSMM bagi meningkatkan tahap keberkesanan perkhidmatan.

 

dsc_2234
Dato Sayed A Rahman melihat manual berkaitan panggilan kecemasan
dsc_2225
Lawatan ke Bilik Operasi Kecemasan Ambulan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang

 

Sebagai usaha dalam menyokong BSMM, KKM telah bersetuju untuk meneruskan kerjasama bagi menjayakan projek Ambulan Hot Spot yang diusahakan oleh BSMM sejak 2014.

KKM juga mengharapkan dengan kerjasama ini, tahap kecekapan respon akan dipertingkatkan daripada 15 minit kepada 10 minit. Selain daripada itu KKM juga ingin mempromosikan amalan pengurusan klinikal yang mencapai standard antarabangsa. Pengurusan klinikal ini termasuklah amali kesihatan ketika merawat mangsa atau pesakit dan kemahiran mengendalikan peralatan dengan cara yang betul.

BSMM yang ditubuhkan dibawah Akta Parlimen dilihat kerajaan sebagai satu badan yang amat penting di dalam komuniti khasnya dalam skop kesihatan. Oleh yang demikian, KKM telah merancang satu kerjasama yang lebih luas diantara BSMM dan St John. Setakat ini BSMM telah mempunyai dua lokasi hot spot untuk perkhidmatan ambulan iaitu di sekitar Lembah Klang dan juga Bandar Sunway Petaling Jaya.

 

Dato Sayed A Rahman menandatangani kontrak bersama Kementerian Kesihatan Malaysia
Dato Sayed A Rahman menandatangani kontrak bersama Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Cabaran dalam memperolehi tenaga pakar untuk melatih kakitangan ambulan dalam meningkatkan kemahiran pengendalian klinikal juga diambil perhatian oleh KKM secara serius. Cadangan untuk menggunakan tenaga pakar melalui jaringan kerjasama antara NGO dilihat boleh dijadikan sebagai langkah awal dalam mendapatkan tenaga mahir.

Secara keseluruhannya, BSMM akan terus berusaha agar perkhidmatan yang ditawarkan dapat memberi faedah kepada pihak kerajaan dan juga yang paling utama adalah kepada mereka yang memerlukan.

KKM Teruskan Kerjasama Dengan BSMM