img-20161023-wa0017

PASUKAN PENGURUSAN BENCANA DIIKTIRAF TERBAIK DUNIA
www.redcrescent.org.my

KEMAMAN, 23 Okt 2016 – Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA) diiktiraf antara agensi pengurusan bencana terbaik di dunia. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pengurusan bencana Kemaman yang diguna pakai oleh NADMA bukan sahaja menerima penarafan emas dalam negara, malah anugerah oleh agensi penarafan antarabangsa di Geneva, tahun ini.

     “NADMA sebagai badan yang menyelaras pengurusan bencana tidak mampu bergerak tanpa bantuan agensi dan badan sukarelawan lain. “Sehubungan itu, kerjasama dan komitmen semua pihak melaksanakan tugas adalah penting dalam pengurusan bencana,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2016 di Kemaman Waterfront.

     Kira-kira 50 pasukan penyelamat mengadakan latihan pertunjukan operasi menyelamat di Waterfront Kemaman di Sungai Kemaman semalam. Latihan pertunjukan itu diadakan sempena lawatan Menteri Pertanian dan Insustri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang meninjau persiapan bagi pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2016 di Waterfront Kemaman.

Pasukan BSMM mempamerkan beberapa kelengkapan peralatan menyelamat dan pengurusan bencana. Anggota BSMM juga mempamerkan kebolehan menyelamat mangsa ketika banjir.

    Anggota-anggota penyelamat terdiri daripada pasukan Jabatan Bomba, Bulan Sabit Merah Malaysia (Malaysian Red Crescent), anggota tentera, pasukan SMART, Angkatan Pertahanan Awam dan Polis.

img-20161024-wa0006

    Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu semua pihak termasuk rakyat menjadikan kesiapsiagaan menghadapi bencana sebagai satu budaya serta ‘darah daging’ bagi memastikan amalan itu berterusan untuk manfaat bersama.

Timbalan Perdana Menteri ber­kata, koordinasi pelbagai pihak termasuk peringkat kementerian, jabatan atau agensi berkaitan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan sukarela dan masyarakat dalam mendepani masa kritikal akibat bencana.

img-20161023-wa0012

 

    Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Ben­cana negara memberitahu, ber­tepatan dengan pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Bencana Nasional di sini hari ini, ia diharap memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai betapa pentingnya persiapan seumpama itu dijadikan satu budaya dalam kehidupan.

“Kita lakukan usaha ini (kesiapsiagaan) menjadi satu budaya, ertinya kita harus mendarah dagingkan mereka yang sering jadi mangsa banjir atau bencana lain.

 “Ini supaya kita tahu apabila ada maklumat dalam media secara automatik menjadi budaya agar keluarga yang menjadi mang­sa banjir cepat berpindah,” katanya.

  Majlis pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2016 dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

#MalaysiaRedCrescent #SiapSiaga #bsmm

img-20161024-wa0023

Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2016 – 23 Oktober 2016