PROGRAM SEKOLAH SELAMAT DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

255574_275286922615293_1573939791_n

Program  Latihan Fasilitator Seklah Selamat anjuran IFRC dan BSMM talah dijalankan di Ibu Pejabat Kebangsaaan BSMM. Program ini telah dikendalikan oleh Master Trainer dari IFRC yang terdiri daripada :

  1. Mr. Herve Gazeau
  2. Ms. Kumju Ho
  3. Ms. Naomi Akamatsu

     Program ini telah dijalankan selama 4 hari yang melibatkan penyertaan daripada Negara-Negara ASEAN (SEAYN) dengan setiap negara menghantar 2 orang wakil dan 5 orang dari Malaysia yang keseluruhnnya berjumlah 25 orang.

     Para peserta didedahkan dengan kaedah-kaedah menyelamatkan diri, mengenalpasti punca risiko, membuat plan tindakan keselamatan sekolah, menilai tempat perhimpunan yang selamat, dan lain-lain mengikut kepada kawasan sekolah atau bangunan.

     Pihak BSMM telah mendapat kerjasama yang baik daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan membenarkan pihak BSMM dan IFRC menggunakan 2 buah sekolah menengah sebagai pusat latihan praktikal program sekolah selamat.

     Pengetua-pengetua sekolah juga memberikan kerjasama yang baik dengan memberikan pelepasan guru, pelajar dan juga penglibatan ibu bapa pelajar didalam program ini.

     Sekolah yang terlibat setakat ini ialah:

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria Institution
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara

     Daripada penilaian pelajar dan guru selepas latihan, kebanyakkannya hanya didedahkan mengenai bahaya kebakaaran dan lain-lain bencana seperti gempa bumi, ribut taufan dan tsunami tidak diberi pendedahan.

Sepanjang program yang berjalan, seluruh peserta yang terlibat amat berpuas hati dan berharap program seumpama ini akan terus dijalankan dan dipertingkatkan.

Program Latihan Fasilitator Belia Di Sekolah Selamat Peringkat Asia Tenggara